MAHABBAH DAN UKHUWWAH ITU INDAH

Assalamualaikum W.B.T
Terima kasih atas kesudian singgah ke laman ini. Laman ini adalah wadah untuk saya mengungkapkan informasi, berita, aktiviti yang berkaitan Pertubuhan Pendidikan Ad-Deeniyyah untuk dikongsi bersama para pembaca.

Saya mengalu-alukan sebarang penulisan,wacana pemikiran dan cetusan minda daripada anda untuk dijadikan bahan renungan dalam Jurnal Abadi Ad-Deeniyyah. Wassalam




Followers

Thursday, September 30, 2010

JEMPUTAN MAJLIS PERJUMPAAN AIDILFITRI 1431H


Assalamualaikum wbr.

Dengan ini kami menjemput YBhg Dato, Datin, Tuan-Tuan dan Puan-puan ke Majlis Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri Ad-Deeniyyah 1431H pada hari Sabtu 2 Oktober 2010 jam 11.00 - Zohor. Kedatangan hadirin dialu-alukan khususnya untuk kita menjalinkan ukhwah dalam kalangan umat Islam. Apatah lagi memenuhi visi Ad-Deeniyyah menyuburkan sahsiah abid, daie dan khalifah dalam melestarikan warisan budaya hidup Islami. InsyaAllah.

Terima kasih, wassalam.

Tuesday, September 14, 2010

SALAM AIDILFITRI 1431H


Assalamualaikum wbr.

Pada kesempatan ini, kami warga Ad-Deeniyyah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada sahabat handai, saudara mara dan juga kepada pihak yang terlibat secara langsung dalam pembangunan Ad-Deeniyyah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para dermawan yang sudi menghulurkan sumbangan kepada Tahfiz Ad-Deeniyyah untuk bergerak lancar. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT. InsyaAllah, Majlis Hari Raya Aidilfitri Ad-Deeniyyah bersama mesyuarat pembangunan Pertubuhan Pendidikan Ad-Deeniyyah akan diadakan dalam tempoh terdekat yang akan dimaklumkan kepada ahli-ahli Pertubuhan.

Sekian, wassalam.