MAHABBAH DAN UKHUWWAH ITU INDAH

Assalamualaikum W.B.T
Terima kasih atas kesudian singgah ke laman ini. Laman ini adalah wadah untuk saya mengungkapkan informasi, berita, aktiviti yang berkaitan Pertubuhan Pendidikan Ad-Deeniyyah untuk dikongsi bersama para pembaca.

Saya mengalu-alukan sebarang penulisan,wacana pemikiran dan cetusan minda daripada anda untuk dijadikan bahan renungan dalam Jurnal Abadi Ad-Deeniyyah. Wassalam




Followers

Friday, February 25, 2011

MAJLIS ILMU 26 Februari 2011

Assalamualaikum wbr

Dimaklumkan kepada sahabat-sahabat, Majlis Ilmu di Ad-Deeniyyah telah berjalan pada 12 Februari 2011 yang lalu dan hari ini 26 Februari 2011 bersamaan 23 Rabiul Awal 1432H sekali ini Ad-Deeniyyah dapat menganjurkan pembacaan Kitab Kasful Ghaibiah oleh Ustaz Musa Bin Zakaria. Beliau adalah seorang guru agama berasal daripada Kemboja dan fasih berbahasa Melayu. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan daripada rakan-rakan dan para pelajar Tahfiz. Mudah-mudahan penubuhan Ad-Deeniyyah dapat membawa maksud visi dan misi kami untuk menghidupkan kembali amalan Rasulullah. Apatah lagi untuk mendidik hati dan jiwa kita yang sering resah kerinduan kepada jiwa agama. Wallahualam