MAHABBAH DAN UKHUWWAH ITU INDAH

Assalamualaikum W.B.T
Terima kasih atas kesudian singgah ke laman ini. Laman ini adalah wadah untuk saya mengungkapkan informasi, berita, aktiviti yang berkaitan Pertubuhan Pendidikan Ad-Deeniyyah untuk dikongsi bersama para pembaca.

Saya mengalu-alukan sebarang penulisan,wacana pemikiran dan cetusan minda daripada anda untuk dijadikan bahan renungan dalam Jurnal Abadi Ad-Deeniyyah. Wassalam




Followers

Wednesday, September 16, 2009

Berbuka dengan Kak Umai

Tadi di Herritage, bersama 12 rakan guru yang lain berbuka puasa dengan kak Umai. Saya mengambil kak Umai dan sampai hampir jam 7.00 mlm. Waduh..ramainya orang berbuka puasa di sana. Kanak-kanak, remaja, dewasa, warga emas pelbagai bangsa semuanya meriah berbuka. Tujuan kami ke sana, hanyalah meraikan Kak Umai, ketua saya yang baik hati orangnya. Kak Umai dijangka bersara pada tahun ini, sedih juga apabila mengenangkan ketiadaan Kak Umai. Di sebalik kelembutan wajah keibuannya, terpapar juga ketegasannya. Banyak menolong rakan-rakan dalam soal memasak terutamanya soto dan beryani gam. Pendek kata hebat kak Umai ini. Saya akan sentiasa mengingatinya sebagai rakan yang disayangi( satu peranan kita sebagai khalifah iaitu menghargai, menghormati dan berkasih sayang dengan sahabat tanpa prejudis ) Teringat kisah akhlak Nabi Muhammad S.A.W yang sering menyuap roti kepada orang tua yang buta dengan mencelup roti keras dengan air sebelum disuap. Perbuatan baginda berterusan hinggalah baginda wafat. Tugas baginda disambung oleh Sayyidina Abu Bakar, beliau bertanya kepada Aishah r.a apakah amalan Nabi ketika masih hidup. Aishah menjawab baginda selalu memberi makan kepada orang buta itu. Lalu Khalifah Abu Bakar memberi makan kepada orang tua tersebut. Tetapi sungguh menghairankan Sayyidina Abu Bakar kerana orang tua itu tidak mahu memakan roti yang disuapnya. Orang tua itu menyatakan cara kamu tidak sama dengan orang sebelum ini yang menyuapkannya makanan. Orang tua itu bertanya kemana perginya orang yang memberinya makan sebelum ini. Sayydina Abu Bakar menjawab orang itu telah meninggal dunia, lalu orang itu bertanya siapakah insan tersebut. Sebaik sahaja Sayyidina Abu Bakar mengatakan bahawa insan itu ialah Nabi Muhammad S.A.W maka orang tua buta itu terus memeluk Islam kerana beliau sangat kagum dengan akhlak baginda....

2 comments:

  1. Asalamualaikum

    Selamat Hari Raya
    Maaf Zahir batin

    Terima Kaseh salam hormat.

    ReplyDelete