MAHABBAH DAN UKHUWWAH ITU INDAH

Assalamualaikum W.B.T
Terima kasih atas kesudian singgah ke laman ini. Laman ini adalah wadah untuk saya mengungkapkan informasi, berita, aktiviti yang berkaitan Pertubuhan Pendidikan Ad-Deeniyyah untuk dikongsi bersama para pembaca.

Saya mengalu-alukan sebarang penulisan,wacana pemikiran dan cetusan minda daripada anda untuk dijadikan bahan renungan dalam Jurnal Abadi Ad-Deeniyyah. Wassalam




Followers

Monday, September 14, 2009

" SEMBANG AD-DEENIYYAH "

Saya akan ceritakan mengapa ruangan ini dinamakan seperti di atas. Sebenarnya, blog ini saya wujudkan atas kesedaran menjadikan blog ini sebagai wadah untuk saya memberitahu masyarakat di luar sana aktiviti Pertubuhan Pendidikan Ad-Deeniyyah yang terletak di Meru Heights. Kesedaran untuk mengembalikan peranan manusia sebagai Khalifah, Abd' dan Daie menyuntuk semangat suamiku Mohamad Farid dan Kak Wan Salmah untuk menubuhkan sebuah Sekolah Pondok Moden. Perjalanan yang telah kami mulakan pada bulan Januari 2009 untuk membuat proposal memohon sebidang tanah telah diluluskan oleh PKNP. Catatan perjalanan kami semakin melebar apabila kami telah menziarahi Pak Teh yang merupakan ahli Majlis Fatwa Negeri Perak di Pengkalan Hulu, Perak serta menyaksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana pondok-pondok tradisional beroperasi. Hati tersentuh..melihat kesungguhan anak-anak muda mencari agama, menadah kitab merendah diri di hadapan Tok Guru. Berbeza dengan saya...

3 comments:

  1. Asalamualaikum

    Dulu murid datang menghambakan diri berjumpa guru untuk mewarisi ilmu, kini guru datang menemui murid kerana duit (kerana banyak guru yang merunggut dengan beban tugas mereka). Ilmu itu diwarisi atau dijual beli. Soalan ni kena ustaz Mohamad Farid jawab, mintalah beliau menulis artikal di weblog ini. Pakcik ada terbaca kitab Imam al Ghazali ra bertajuk minzanul amal, katanya hikmah itu adalah barang yang hilang dari orang mukmin. Samoga aktiviti Pertubuhan Pendidikan ad-Deeniyyah boleh membantu mencari kehilangannya, mudah mudahan Insyaalah. Terima kaseh salam hormat.

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam PakCik Li. Tugas guru macam biasa sahaja, mengajar dan terus mengajar kerana ilmu yang ada padanya. walaupun guru menemui murid dikatakan kerana beban kewangan, itu hanya memudahkan pihak murid sahaja kerana zaman ini tidak selamat murid berseorangan. Maka guru memastikan tugasnya sampai sebagai 'penyampai ilmu'..terima kasih Pakcik Li. Farid sudah mula menulis dalam blog ini!

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum

    Kehadiran Pakcik memberi komentar di hamasn ini sebagai sokongan moral sahaja kerana menghargai kegigihan cikgu menyediakan blog ini untuk menyumbang amal kebajikan. Pakcik sebagai blogger menginsafi betapa sukar mengendalikan sebuah weblog. Jangan tersinggung dengan sebarang komentar Pakcik, kerana sekadar untuk memanaskan halaman blog ini sahaja, di halaman blog Pakcik ada banyak intri yang sesuai dimuatkan diweblog ini, sementara weblog ini menerima sumbangan dari mereka yang lebih berpengetahuan, Pakcik ini sekadar tiada rotan akar pun berguna. Pakcik berusaha dari masa ke semasa membekan sokongan kepada wenlog ini, InsyaAllah. Terima kaseh salam hormat.

    ReplyDelete