MAHABBAH DAN UKHUWWAH ITU INDAH

Assalamualaikum W.B.T
Terima kasih atas kesudian singgah ke laman ini. Laman ini adalah wadah untuk saya mengungkapkan informasi, berita, aktiviti yang berkaitan Pertubuhan Pendidikan Ad-Deeniyyah untuk dikongsi bersama para pembaca.

Saya mengalu-alukan sebarang penulisan,wacana pemikiran dan cetusan minda daripada anda untuk dijadikan bahan renungan dalam Jurnal Abadi Ad-Deeniyyah. Wassalam




Followers

Tuesday, April 5, 2011

REKA BENTUK AD-DEENIYYAH

Assalamualaikum wbr.
Sahabat-sahabat sekalian, sebenarnya reka bentuk Ad-Deeniyyah telah dimulakan semenjak beberapa bulan yang lalu. Alhamdulillah reka bentuk bangunan yang menempatkan surau, asrama, bilik warden serta dapur telah dilaksanakan oleh Arkitek Zul. Untuk pengetahuan rakan-rakan, kerja-kerja pembinaan di tapak Ad-Deeniyyah telah dimulakan pada 28 Februari 2011 yang lalu setelah penetapan kiblat dilakukan oleh pegawai-pegawai Falak Jabatan Mufti Perak. Sekali lagi progres berjalan lancar dan jutaan penghargaan saya ucapkan kepada rakan-rakan yang sudi memberikan sumbangan dan bantuan kepada kami. Insya-Allah perjalanan ini kita rintis bersama untuk mendapatkan barakah Allah SWT. Moga kita juga diberi taufik dan hidayah sepanjang masa. Amin Ya Rabbalalamin.