MAHABBAH DAN UKHUWWAH ITU INDAH

Assalamualaikum W.B.T
Terima kasih atas kesudian singgah ke laman ini. Laman ini adalah wadah untuk saya mengungkapkan informasi, berita, aktiviti yang berkaitan Pertubuhan Pendidikan Ad-Deeniyyah untuk dikongsi bersama para pembaca.

Saya mengalu-alukan sebarang penulisan,wacana pemikiran dan cetusan minda daripada anda untuk dijadikan bahan renungan dalam Jurnal Abadi Ad-Deeniyyah. Wassalam




Followers

Showing posts with label Catatan Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Catatan Peribadi. Show all posts

Thursday, July 15, 2010

REPLIKA MASJID NABAWI DAN RUMAH NABI MUHAMMAD SAW

Assalamualaikum .
Sewaktu menunaikan ibadah haji, saya dan Haji Farid berpeluang ke Ekspo
Sirah Nabi Muhammad yang diadakan di bandar Madinnah. Banyak bahan bukti secara replika dan dan bertulis kisah kehidupan baginda. Model bagaimana strategi peperangan Uhud dan Khandaq turut dipamerkan. Seketika terpegun apabila melihat replika makanan yang menjadi kesukaan Nabi, begitu sederhana hanyalah buah kurma, gandum dan labu air. Manakala bantal yang menjadi alas tidurnya hanyalah pelepah kurma yang kering dibalut dengan kain...bayangkan umat Muhammad pada hari ini yang mewah, bersenang-senangan. Semuanya tertulis dalam bahasa Arab, tetapi tidak begitu sukar untuk difahami kerana sirahnya begitu hampir dengan kita semua. Semangat Nabawiyah seharusnya menjadi iktibar buat kita.


Monday, April 26, 2010

KIBLAT BAITULLAH

Pemandangan di Dataran Masjid Nabawi, Maddinah







Masyaer Arafah dan menunggu bas untuk bergerak ke Mudzalifah dan Mina.
Saudara dan saudari, saya ingin berkongsi perasaan. walaupun telah empat bulan berlalu meninggalkan Kaabah Rumah Allah, jiwa saya asyik teringat betapa indahnya melaksanakan ibadat haji. Bebasnya jiwa kita tatkala melakukan ibadah tawaf meskipun dikelilingi ribuan manusia. Berulang-alik antara Safa dan Marwah juga membawa perasaan saya mengingati bagaimanalah perasaan seorang ibu bernama Hajar dan anaknya Nabi Ismail pasrah dengan takdir kehendak Allah SWT. Mata air Zam-zam andalah antara mukjizat Allah SWT yang masih kita temui dan merasai nikmatnya air itu hinggalah sekarang. Masjidil Haram sentiasa dipenuhi manusia pelbagai bangsa dan warna kulit yang asyik membaca AlQuran, beribadah tanpa mengenal waktu dan ketika. Rona ini cukup mengasyikkan.


Ketika melaksanakan Masyaer Arafah juga membuatkan hati saya cukup teruja. Menanti waktu wukuf ini cukup membahagiakan, tidak putus-putus doa dan esakan hamba-hamba-Mu yang memohon keampunan dan keinginan bersih sucinya hati umpama bayi yang baharu dilahirkan..Menitis air mata mengingati betapa kerdilnya kita di hadapan Allah yang Maha Berkuasa, Maha Hidup lagi Maha Pencipta..Wahai Allah Rabbul Izzati terimalah taubat kami, terimalah ibadah kami dan dekatlah kami kepada Syurga-Mu..Amin.

Sunday, January 24, 2010

Kota Mekah dan Kaabah




Assalamualikum wbr
Sahabat-sahabatku. Mekah dari sudut sejarah terletak di sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau batu. Tidak ada kehijauan...yang ada kini hanyalah pembangunan pesat di sekeliling kota yang memuatkan hotel-hotel, ruang dan premis perniagaan,projek monorel dan sebagainya. Walaupun suasana agak berdebu kerana kerja-kerja memecahkan bukit batu dijalankan 24 jam, tapi saya lihat bandar ini tidak pernah sunyi daripada laluan hamba-hamba ALLAH SWT yang sentiasa bertali arus ke Majidil Haram. Siang dan malam, pagi hinggalah ke pagi...kota ini hidup dan berbudaya sebagai bukti hamba-hamba ciptaan Allah merindui dan mengasihi Allah. Kaabah yang indah, sejuk berangin dan panas di waktu zohor sentiasa dipenuhi baik di dataran Kaabah, di dalam Masjidil Haram mahupun di dataran luar masjid. Suara muazzin, Iman Abdul Rahman As Sudays, Iman Ahmad Maher bergema menusuk kalbu terutamanya pada waktu maghrib, isyak dan subuh. Aduh..rindunya saya pada suasana di Kaabah yang tidak akan dilupakan seumur hidup saya. Melaksanakan tawaf sunat 7 pusingan juga adalah tanda kita sebagai hamba melaksanakan perintah Allah sambil merasai nikmat bertawaf. Pelbagai bangsa seluruh dunia berhimpun dan berkiblatkan Kaabah. Langit yang terbentang di atas Kaabah sangat mengasyikkan, cantik membiru dan tiada berbintang di waktu malam..hati hamba-hambanya tiada yang lain ketika menghadap Kaabah, hanya mengharap keampunan kepada Pencipta-Nya Yang Maha Agung...Subhanallah. Walhamdulillah Allahu Akbar..

Friday, January 15, 2010

MADINAH MUNAWWARAH BANDAR HABIBBULLAH




Assalamualaikum wbr saudara saudari.
Sedikit catatan untuk dikongsi, kami menjejakkan kami di bumi barakah bandar bersemadinya Habibbullah kekasih Allah pada 1 November 2009. Bandar ini bersih, teratur dan berbaur perasaan apabila mengingatkan di sinilah Nabi besar junjungan S.A.W menegakkan syiar Islam hingga tersebar seluruh alam. Masjid Nabawi yang indah dan mengasyikkan pada waktu malam. Menitis air mata apabila saya menghampiri Makam Rasulullah, sahabat baginda Sayyidina Abu Bakar As Siddik dan Sayyidina Umar Al Khattab. Memasukki Taman Raudah (bilik Aisyah) yang telah dijanjikan oleh baginda Rasulullah sebahagian daripada Taman di Syurga ternyata terpegun seketika. Keharuman wangian yang menusuk kalbu, cerah indah neon berona bergulung dengan perasaan memohon keampunan dan syafaat Nabi. Mengasyikkan...kerana umat Muhammad mengadu rasa dalam pelbagai gaya. Saya sedar semua yang ditunjukkan itu adalah manifestasi kecintaan, kerinduan dan pengabdian hamba kepada pesuruh Allah yang menyampaikan wahyu Allah SWT. Masa yang diberi oleh petugas Masjid Nabawi terlalu singkat. Alhamdulillah, selama 9 hari di Maddinah, saya, Farid dan Amirul dapat berkunjung ke ekspo Pameran kisah Rasulullah. kami menginap di Hotel Moven Pick yang terletak di luar pagar Masjid Nabawi.

Saturday, September 26, 2009

Salam AidilFitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam
yang menyambut Hari Kemenangan...
Walaupun hari ini 8 Syawal masih lagi terasa suasana
hari raya dengan amalan ziarah menziarahi sanak saudara,
sahabat handai. Amalan mengunjungi inilah yang penting
kerana Islam mengajar kita ketinggian budi, akhlak dan
sifat-sifat memuliakan tetamu. Mohon Maaf zahir dan Batin
daripada kami sekeluarga. Wassalam.