Masyaer Arafah dan menunggu bas untuk bergerak ke Mudzalifah dan Mina.
Saudara dan saudari, saya ingin berkongsi perasaan. walaupun telah empat bulan berlalu meninggalkan Kaabah Rumah Allah, jiwa saya asyik teringat betapa indahnya melaksanakan ibadat haji. Bebasnya jiwa kita tatkala melakukan ibadah tawaf meskipun dikelilingi ribuan manusia. Berulang-alik antara Safa dan Marwah juga membawa perasaan saya mengingati bagaimanalah perasaan seorang ibu bernama Hajar dan anaknya Nabi Ismail pasrah dengan takdir kehendak Allah SWT. Mata air Zam-zam andalah antara mukjizat Allah SWT yang masih kita temui dan merasai nikmatnya air itu hinggalah sekarang. Masjidil Haram sentiasa dipenuhi manusia pelbagai bangsa dan warna kulit yang asyik membaca AlQuran, beribadah tanpa mengenal waktu dan ketika. Rona ini cukup mengasyikkan.
Ketika melaksanakan Masyaer Arafah juga membuatkan hati saya cukup teruja. Menanti waktu wukuf ini cukup membahagiakan, tidak putus-putus doa dan esakan hamba-hamba-Mu yang memohon keampunan dan keinginan bersih sucinya hati umpama bayi yang baharu dilahirkan..Menitis air mata mengingati betapa kerdilnya kita di hadapan Allah yang Maha Berkuasa, Maha Hidup lagi Maha Pencipta..Wahai Allah Rabbul Izzati terimalah taubat kami, terimalah ibadah kami dan dekatlah kami kepada Syurga-Mu..Amin.
No comments:
Post a Comment