MAHABBAH DAN UKHUWWAH ITU INDAH

Assalamualaikum W.B.T
Terima kasih atas kesudian singgah ke laman ini. Laman ini adalah wadah untuk saya mengungkapkan informasi, berita, aktiviti yang berkaitan Pertubuhan Pendidikan Ad-Deeniyyah untuk dikongsi bersama para pembaca.

Saya mengalu-alukan sebarang penulisan,wacana pemikiran dan cetusan minda daripada anda untuk dijadikan bahan renungan dalam Jurnal Abadi Ad-Deeniyyah. Wassalam




Followers

Sunday, September 27, 2009

Ciri utama Ad-deeniyyah



Paradigma, pandangan hidup atau pandangan alam (world-view), kata Syed Muhammad Naquib Al-Attas (Prof. Al-Attas) adalah akar jiwa seseorang.

Akar jiwa itulah yang akan mewarnakan bentuk jiwa, perasaan, aqal seseorang yang akan kemudian mempengaruhi kemahuan, selera, kecenderungannya.
Pastilah kecenderungan, selera, kemahuan, kebahagiaan akan membuahkan gerak-laku, tingkah-langkah, tutur-kata, arah-lirik matamu, penggerak batang-tubuh....
Inilah yang menjadi warna haqiqi seseorang insan. Warna bawah-sedarnya - the true colors....Inilah jenis dan warna haqiqi yang tersirat-seni jauh ke dalam, terpendam dalam lubuk peribadi / psikologi insan.




Inilah jua permulaan iman....membenarkan dengan hati...
Inilah yang kami mahukan permulaannya Ad-deeniyyah...
Dan akan berubahlah hidup bila dari akar jiwa terbentuk kemahuan mahu menanggung dan mahu menjawab....
Inilah yang kami yaqini....
Jika akar jiwa sudah benar
Jika kemahuan sudah membulat mahu menanggung dan mahu menjawab (yakni bertanggungjawab)


Maka layar deen / kehidupan pasti terarah, langkah kehidupan pasti berakar....
Dan inilah juga kami yaqini...sebagaimana yang dileraikan oleh Prof Al-Attas dalam butiran katanya....


"One must see that the kind of problem confronting us is of such a profound nature as to embrace all the fundamental elements of our worldview that cannot simply be resolved by legalistic and political means. Law and order can only find their places when recognition of truth as distinguished from falsehood, and real as distinguished from illusory, is affirmed and confirmed by action in acknowledgement of the recognition. This is achieved by means of right knowledge and right method of disseminating it"


lebih kurang pada fahaman kami...


"Kita perlu memerhatikan bahawa permasalahan utama yang menerjah kita sangat asas sifatnya, yang berkaitan dengan unsur-unsur asas yang membentuk pandangan alam kita, yang tidak dapat dirungkaikan dengan pendekatan perundangan dan politikal. Undang-undang dan peraturan hanya dapat diletakan pada tempatnya apabila 'benar' dapat dibezakan daripada 'batil', dan 'haqiqat' dibezakan daripada 'ilusi', dapat dipamerkan dan ditetapkan dalam perbuatan. Semua ini dapat dicapai melalui pendekatan pendidikan ilmu yang benar dan kaedah penyebaran yang benar jua...."

Saturday, September 26, 2009

Salam AidilFitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam
yang menyambut Hari Kemenangan...
Walaupun hari ini 8 Syawal masih lagi terasa suasana
hari raya dengan amalan ziarah menziarahi sanak saudara,
sahabat handai. Amalan mengunjungi inilah yang penting
kerana Islam mengajar kita ketinggian budi, akhlak dan
sifat-sifat memuliakan tetamu. Mohon Maaf zahir dan Batin
daripada kami sekeluarga. Wassalam.

Tuesday, September 22, 2009

Ramadhan mengikat silaturrahim

Pada 18 September yang lalu kami bertolak petang untuk pulang ke kampung yang terletak di Muar, Johor. Perjalanan di highway terasa cukup meletihkan apabila badan lesu. Mungkin akibat kurang rehat suami saya tiba-tiba terasa demam sebaik sahaja selepas solat jumaat. Namun, digagahnya juga memandu kereta hinggalah ke Rest Area Tapah. Kami berbuka ala kadar dengan 2 potong lemang, dua keping Dunkin Donat dan air. Ramai yang berbuka puasa seperti kami. Setelah solat maghrib kami meneruskan perjalanan lagi dan kali ini suami saya tidak lagi mampu memandu dan kami berhenti di Ulu Bernam. Tertidur lebih sejam, kami meneruskan perjalanan ke Melawati hinggalah sampai jam 12 malam untuk bertemu dengan anak-anak buah yang telah setia menanti. Terima kasih Tihani, Nisa, Inas, kak Lang, Ijam dan Bibik Rahimah yang sudi menyediakan minuman panas buat kami..Terasa manisnya ukhwah mengikat silaturrahim. Jam 2.30 pagi,saya menggerakkan suami mengajaknya meneruskan perjalanan untuk mengelakkan kesesakan di Sungai Besi. Walaupun saya sedar dia masih tidak sihat tetapi saya sangat bersyukur atas toleransinya menuruti ajakan saya. Kak Lang terlalu mengambil berat kesihatan abangnya dan meminta kami ke klinik di Melawati terlebih dahulu. Walaupun kami meneruskan perjalanan tanpa ke klinik dahulu, tetapi saya kira sikap bertanggungjawab sebagai adik kepada ahli keluarganya tetap kami hargai. Saya memandu daripada Seremban hinggalah ke R&R Air Keroh dan kami sampai di sana tepat jam 4.30 pagi. Oleh sebab suami dan anak saya, Iman masih keletihan, saya turun untuk membeli makanan untuk bersahur. Hanya ada 2 buah kedai yang masih dibuka iaitu KFC dan kedai makanan yang menjual nasi.
MasyaAllah lebih setengah jam saya berbaris menunggu di KFC, saya merasakan tiada pergerakan yang pantas untuk saya membeli makanan, Hanya 2 orang pekerja yang terpaksa mengambil pesanan dan sebagainya. Rasanya pekerja-pekerja KFC itu pun tidak sempat bersahur kerana melayani kehendak pelanggan yang pelbagai. Maka saya mengambil keputusan hanya membeli Nescafe O panas yang membolehkan saya tidak perlu beratur di kedai yang lain. Waktu telah menunjukkan 5.15 pagi, mungkin imsak sudah tinggal beberapa minit sahaja lagi sedangkan masih ramai berbaris panjang untuk membeli makanan. Adik cashier itu sedar keadaan itu lalu pantas membantu si pembuat air dan memberi saya minuman. Apabila saya hendak membayar, dia tidak mahu menerima wang. Tidak tahulah mengapa...tetapi saya anggap dia kasihan melihat saya hanya mahu minuman untuk bersahur. Terima kasih adik cashier, mudah-mudahan perniagaan anda terus maju kerana anda telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Bukan kerana wang tetapi kerana situasi kemanusiaan ketika itu..Alhamdulillah atas bantuan anda, kami dapat bersahur dengan baki donat dan biskut yang dibawa.. Sifat-sifat 'kekhalifahan' masih boleh diwarisi.

Rumah Ad-Deeniyyah






















Salam buat semua. Hari ini 4 Syawal 1430 Hijrah. Saya telah sampai ke Ipoh jam1.00 pagi setelah bergerak dari Muar kira-kira jam 4 petang. Ingin sekali saya ceritakan pengalaman pulang ke kampung halaman pada hari jumaat yang lalu. Saya sekeluarga bertolak agak lewat kerana pada sebelah pagi kami bermesyuarat mengenai pengisian pendidikan Ad-Deeniyyah pada jam 9.30 pagi(18 Sept 2009) di pejabat KakWan. Syukaran jazilan Ustaz Lokman, Ustaz Rahimi, Ustaz Maamun dan Fifi, kak Wan, Farid dan saya dapat hadir serta membincangkan jenis program, jadual pengajian, kelas Tahfiz dan tenaga pengajar. Alhamdulillah, fikrah untuk memulakan pendidikan Ad-Deeniyyah semakin kuat dan akan dilaksanakan dalam keadaan yang seadanya mengikut kemampuan/kapasiti yang ada. Petang ini saya dan Farid akan berjumpa Datuk Lee (owner bungalow) untuk melihat RUMAH AD-DEENIYYAH sekali lagi..

Wednesday, September 16, 2009

Berbuka dengan Kak Umai

Tadi di Herritage, bersama 12 rakan guru yang lain berbuka puasa dengan kak Umai. Saya mengambil kak Umai dan sampai hampir jam 7.00 mlm. Waduh..ramainya orang berbuka puasa di sana. Kanak-kanak, remaja, dewasa, warga emas pelbagai bangsa semuanya meriah berbuka. Tujuan kami ke sana, hanyalah meraikan Kak Umai, ketua saya yang baik hati orangnya. Kak Umai dijangka bersara pada tahun ini, sedih juga apabila mengenangkan ketiadaan Kak Umai. Di sebalik kelembutan wajah keibuannya, terpapar juga ketegasannya. Banyak menolong rakan-rakan dalam soal memasak terutamanya soto dan beryani gam. Pendek kata hebat kak Umai ini. Saya akan sentiasa mengingatinya sebagai rakan yang disayangi( satu peranan kita sebagai khalifah iaitu menghargai, menghormati dan berkasih sayang dengan sahabat tanpa prejudis ) Teringat kisah akhlak Nabi Muhammad S.A.W yang sering menyuap roti kepada orang tua yang buta dengan mencelup roti keras dengan air sebelum disuap. Perbuatan baginda berterusan hinggalah baginda wafat. Tugas baginda disambung oleh Sayyidina Abu Bakar, beliau bertanya kepada Aishah r.a apakah amalan Nabi ketika masih hidup. Aishah menjawab baginda selalu memberi makan kepada orang buta itu. Lalu Khalifah Abu Bakar memberi makan kepada orang tua tersebut. Tetapi sungguh menghairankan Sayyidina Abu Bakar kerana orang tua itu tidak mahu memakan roti yang disuapnya. Orang tua itu menyatakan cara kamu tidak sama dengan orang sebelum ini yang menyuapkannya makanan. Orang tua itu bertanya kemana perginya orang yang memberinya makan sebelum ini. Sayydina Abu Bakar menjawab orang itu telah meninggal dunia, lalu orang itu bertanya siapakah insan tersebut. Sebaik sahaja Sayyidina Abu Bakar mengatakan bahawa insan itu ialah Nabi Muhammad S.A.W maka orang tua buta itu terus memeluk Islam kerana beliau sangat kagum dengan akhlak baginda....

Tuesday, September 15, 2009

Terima Kasih Sahabat-sahabat Dermawan

Sejambak ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat Ad-Deeniyyah dan di STAR yang sudi serta ikhlas menginfaq sumbangan kewangan, menaja dan pemberian barangan kebersihan diri untuk penghuni Asrama Anak-anak Yatim Darussalam Simpang Pulai, Ipoh. Moga Allah melimpahkan rahmat, mengurniakan barakah dalam kehidupan sahabat-sahabat....Biarlah pengorbanan kalian menjadi titis-titis air hingga menjadi kolam kasih dan menyejukkan mata memandang...

Majlis Berbuka Puasa di Asrama Anak-anak Yatim Darussalam




AJK Penaja dan ahli-ahli Ad-Deeniyyah telah berbuka puasa bersama-sama penghuni Asrama Anak-anak Yatim Darussalam Simpang Pulai pada 5 September 2009. Penghuni ini berusia daripada 4 hingga 17 tahun. Alhamdulillah majlis berlangsung dalam suasana syahdu dimulakan Tazirah diikuti bacaan doa oleh Ust Rahmat B Abu Seman. Dalam suasana hujan yang tersangat lebat, kami menikmati juadah berbuka puasa sambil ruang dapur tempat kami menikmati makanan dinaiki air...Beginilah nikmat merasai penderitaan anak-anak tersebut membuatkan kami terasa hiba. Sebak menyelubungi perasaan saya, tapi masih bertahan air mata untuk keluar dek asyik meihat anak-anak ini menikmati makanan dengan penuh berselera...Terima kasih menerima kunjungan kami dan sudi menerima pemberian ikhlas yang tidak seberapa dari ahli-ahli Ad-Deeniyyah...

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Pertubuhan Pendidikan Ad-Deeniyyah







15 Ogos 2009 Jam 9.00 pagi di ITP Greentown, Ipoh
Mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali pertama bersetuju melantik :

Yang DiPertua : En Mohd Farid Bin Jaafar
Naib YDP : Ust Rahmat Bin Abu Seman
Setiausaha : Pn Noridah Bte Hj Ramlan
Bendahari : Pn Hjh Wan Salmah Bte Wan Abdullah
AJK : Ust Mohamad Maamun Bin Abdullah
En Mohd Zaidi Bin Basir
En Ghazali Bin Mat Isa
Tn Hj Kamal Bin Katif
Tn Hj Azizul Bin Mohd Othman

Ahli Jawatankuasa Penaja ini akan bergerak untuk menjayakan aktiviti Ad-Deeniyyah sementara menanti kelulusan pertubuhan daripada ROS. Selamat Maju Jaya, semoga kerja-kerja sukarela ini sentiasa mendapat ganjaran Allah SWT.

Monday, September 14, 2009

RAMADHAN AKAN BERAKHIR


Hari ini 25 Ramadhan..terasa cepatnya masa berlalu meninggalkan Ramadhan yang mulia. Masih segar waktu bersahur dengan Iman yang tidak berselera jika tidak dimasakkan ayam goreng dan telur kicap. Ramadhan mengajar saya makna kerendahan diri pada Ilahi dan mengajar saya nikmat bersyukur dengan apa yang saya nikmati. Tidak terhingga rahmat yang diberikan oleh-Nya buat manusia sekelian alam. Tidak terbayang bagaimana kuatnya Nabi Muhamad s.a.w dan sahabat-sahabat baginda menyegerakan parit membuat benteng menahan musuh Quraisy dan berperang dalam Perang Khandaq. Tidak terbayang wanita-wanita solehah berdiri teguh di medan peperangan..Ya Allah terimalah ibadah hamba-Mu yang cukup kecil di matamu itu..Berilah maghfirah-Mu kepada hamba-Mu yang mencari keredhaan dan kasih-Mu..

" SEMBANG AD-DEENIYYAH "

Saya akan ceritakan mengapa ruangan ini dinamakan seperti di atas. Sebenarnya, blog ini saya wujudkan atas kesedaran menjadikan blog ini sebagai wadah untuk saya memberitahu masyarakat di luar sana aktiviti Pertubuhan Pendidikan Ad-Deeniyyah yang terletak di Meru Heights. Kesedaran untuk mengembalikan peranan manusia sebagai Khalifah, Abd' dan Daie menyuntuk semangat suamiku Mohamad Farid dan Kak Wan Salmah untuk menubuhkan sebuah Sekolah Pondok Moden. Perjalanan yang telah kami mulakan pada bulan Januari 2009 untuk membuat proposal memohon sebidang tanah telah diluluskan oleh PKNP. Catatan perjalanan kami semakin melebar apabila kami telah menziarahi Pak Teh yang merupakan ahli Majlis Fatwa Negeri Perak di Pengkalan Hulu, Perak serta menyaksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana pondok-pondok tradisional beroperasi. Hati tersentuh..melihat kesungguhan anak-anak muda mencari agama, menadah kitab merendah diri di hadapan Tok Guru. Berbeza dengan saya...

SALAM PERTEMUAN

Pagi ini sebenarnya, saya baru belajar membuat blog sendiri. Cikgu Abd Rahman banyak membantu..Terima kasih yang tidak terhingga Man! Rasa kecil ilmu yang saya miliki. InsyaAllah saya akan berusaha memperbaiki dari semasa ke semasa.