Pada 18 September yang lalu kami bertolak petang untuk pulang ke kampung yang terletak di Muar, Johor. Perjalanan di highway terasa cukup meletihkan apabila badan lesu. Mungkin akibat kurang rehat suami saya tiba-tiba terasa demam sebaik sahaja selepas solat jumaat. Namun, digagahnya juga memandu kereta hinggalah ke Rest Area Tapah. Kami berbuka ala kadar dengan 2 potong lemang, dua keping Dunkin Donat dan air. Ramai yang berbuka puasa seperti kami. Setelah solat maghrib kami meneruskan perjalanan lagi dan kali ini suami saya tidak lagi mampu memandu dan kami berhenti di Ulu Bernam. Tertidur lebih sejam, kami meneruskan perjalanan ke Melawati hinggalah sampai jam 12 malam untuk bertemu dengan anak-anak buah yang telah setia menanti. Terima kasih Tihani, Nisa, Inas, kak Lang, Ijam dan Bibik Rahimah yang sudi menyediakan minuman panas buat kami..Terasa manisnya ukhwah mengikat silaturrahim. Jam 2.30 pagi,saya menggerakkan suami mengajaknya meneruskan perjalanan untuk mengelakkan kesesakan di Sungai Besi. Walaupun saya sedar dia masih tidak sihat tetapi saya sangat bersyukur atas toleransinya menuruti ajakan saya. Kak Lang terlalu mengambil berat kesihatan abangnya dan meminta kami ke klinik di Melawati terlebih dahulu. Walaupun kami meneruskan perjalanan tanpa ke klinik dahulu, tetapi saya kira sikap bertanggungjawab sebagai adik kepada ahli keluarganya tetap kami hargai. Saya memandu daripada Seremban hinggalah ke R&R Air Keroh dan kami sampai di sana tepat jam 4.30 pagi. Oleh sebab suami dan anak saya, Iman masih keletihan, saya turun untuk membeli makanan untuk bersahur. Hanya ada 2 buah kedai yang masih dibuka iaitu KFC dan kedai makanan yang menjual nasi.
MasyaAllah lebih setengah jam saya berbaris menunggu di KFC, saya merasakan tiada pergerakan yang pantas untuk saya membeli makanan, Hanya 2 orang pekerja yang terpaksa mengambil pesanan dan sebagainya. Rasanya pekerja-pekerja KFC itu pun tidak sempat bersahur kerana melayani kehendak pelanggan yang pelbagai. Maka saya mengambil keputusan hanya membeli Nescafe O panas yang membolehkan saya tidak perlu beratur di kedai yang lain. Waktu telah menunjukkan 5.15 pagi, mungkin imsak sudah tinggal beberapa minit sahaja lagi sedangkan masih ramai berbaris panjang untuk membeli makanan. Adik cashier itu sedar keadaan itu lalu pantas membantu si pembuat air dan memberi saya minuman. Apabila saya hendak membayar, dia tidak mahu menerima wang. Tidak tahulah mengapa...tetapi saya anggap dia kasihan melihat saya hanya mahu minuman untuk bersahur. Terima kasih adik cashier, mudah-mudahan perniagaan anda terus maju kerana anda telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Bukan kerana wang tetapi kerana situasi kemanusiaan ketika itu..Alhamdulillah atas bantuan anda, kami dapat bersahur dengan baki donat dan biskut yang dibawa.. Sifat-sifat 'kekhalifahan' masih boleh diwarisi.
Salam..ni Puan Noridah ke? yang mengajar di star ipoh?
ReplyDeleteYa. Benarlah tu. Sudah tamat mengaji di New Zealand? Mana Zikri dapat blog ni?
ReplyDeleteSaya dapat dari blog "Tentang Bintang". Belum lagi cikgu, baru third year, insyaallah november 2010 habis undergrad. Tengah fikir nk sambung study or keje.
ReplyDelete