MAHABBAH DAN UKHUWWAH ITU INDAH

Assalamualaikum W.B.T
Terima kasih atas kesudian singgah ke laman ini. Laman ini adalah wadah untuk saya mengungkapkan informasi, berita, aktiviti yang berkaitan Pertubuhan Pendidikan Ad-Deeniyyah untuk dikongsi bersama para pembaca.

Saya mengalu-alukan sebarang penulisan,wacana pemikiran dan cetusan minda daripada anda untuk dijadikan bahan renungan dalam Jurnal Abadi Ad-Deeniyyah. Wassalam




Followers

Monday, February 15, 2010

Aktiviti Pengajian Ad-Deeniyyah 2010


Assalamualaikum wbr.

Sahabat-sahabat sekalian , memetik pesanan ulamak "hendaklah kamu duduk dan bersesak-sesak dalam majlis ilmu"...Alhamdulillah ruang telah disediakan, hanya kita perlu menyediakan diri untuk merenung, menimba dan mengamalkan sebanyak mungkin amalan-amalan Nabi SAW dan sahabat-sahabat baginda yang seharusnya menjadi keutamaan kepada kita.

Jemputlah hadir. Wassalam.

Jadual/Kalendar Program Ad-Deeniyyah 2010

AKTIVITI

PROGRAM

KITAB & BACAAN

TARIKH

MASA

IJTIMAK

BULANAN

Bacaan kitab Fadhilat Amalan & Kisah Sahabat Nabi.

Pengajian Hukum-hakam dan Kaedah Amalan.

Pengajian Budaya Kehidupan Islam.

Akan

dimaklumkan.

Hari Sabtu Minggu Ketiga pada setiap bulan

9.30 -12.00

tengahari

MOTIVASI IMAN

Motivasi Iman

Kisah Perjuangan Nabi SAW & Sahabat

Muntakhab Ahadith

Hayatus Sahabah

Hari Jumaat pada setiap minggu

7.00 – 9.15

malam.

Solat

maghrib dan Isya’

Berjemaah

TAALIM MINGGUAN

Bacaan kitab Fadhilat Amalan & Kisah Sahabah Nabi.

Muzakarah Adab Kehidupan.

Muzakarah Kaedah Pendidikan Islam.

Fadhilat Amalan

Muntakhab Ahadith

Hayatus Sahabah

Hari Sabtu pada setiap minggu

3.30 – 5.00 petang.

Solat Asar

Berjemaah

BIMBINGAN AL QURAN

Kelas Bacaan Al Quran, Tajwid dan Tahfiz.


Setiap hari.


Maklumat Lanjut Hubungi:

Haji Mohamad Farid bin Hj Jaafar – 019 4774064

Hajjah Wan Salmah bt. Wan Abdullah- 0195721919

Hajjah Noridah bt. Hj. Ramlan – 019 3554064

Haji Wan Amirul Intizam – 019 5121919

Ustaz Rahmat Bin Abu Seman - 016 422 1418

Pengajian di Ad-Deeniyyah


Assalamualaikum wbr

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang”

*DEEN......"denotes the faith, beliefs and practices and teachings adhered to by Muslims individually and collectively as a community and manifesting itself altogether as an objective whole as the Religion called ISLAM".

..... "menggambarkan kepercayaan, keyaqinan (pandangan hidup) dan amalan (perjuangan, cita-cita) dan ajaran yg diikuti dan ditaati oleh setiap individu Muslim dan seluruh ummah dan dizahirkan bersama sebagai satu agama / cara hidup yang dinamakan ISLAM"

Petikan dari buku PROLEGOMENA- Prof Syed Muhammad Naquib Al Attas

Alhmdulillah pengajian di Ad-Deeniyyah telah bermula pada 4 Januari 2010. Semakin sibuk pada awal tahun apabila Majlis Aqiqah dan Bayan Ad-Deeniyyah telah diadakan pada 30 Januari 2010. Budaya Islam yang ditunjukkan seharusnya bergerak dengan menjadikan sirah Nabawiyah sebagai landasan dan platform kehidupan manusia sejagat.

Saya memohon sahabat-sahabat yang singgah di Jurnal Abadi Ad-Deeniyyah ini jika berpeluang ke Meru, Ipoh ziarahlah di Ad-Deeniyyah untuk mengutip rintisan perjuangan Nabi SAW dan para sahabatnya agar dapat dijadikan panduan kehidupan di dunia hinggalah ke akhirat.
Alamat:
AD-DEENIYYAH

NO 48, PERSIARAN BUKIT MERU 11,

MERU HEIGHTS, 30020 IPOH,

PERAK DARUL RIDZUAN




Sunday, January 24, 2010

Kota Mekah dan Kaabah




Assalamualikum wbr
Sahabat-sahabatku. Mekah dari sudut sejarah terletak di sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau batu. Tidak ada kehijauan...yang ada kini hanyalah pembangunan pesat di sekeliling kota yang memuatkan hotel-hotel, ruang dan premis perniagaan,projek monorel dan sebagainya. Walaupun suasana agak berdebu kerana kerja-kerja memecahkan bukit batu dijalankan 24 jam, tapi saya lihat bandar ini tidak pernah sunyi daripada laluan hamba-hamba ALLAH SWT yang sentiasa bertali arus ke Majidil Haram. Siang dan malam, pagi hinggalah ke pagi...kota ini hidup dan berbudaya sebagai bukti hamba-hamba ciptaan Allah merindui dan mengasihi Allah. Kaabah yang indah, sejuk berangin dan panas di waktu zohor sentiasa dipenuhi baik di dataran Kaabah, di dalam Masjidil Haram mahupun di dataran luar masjid. Suara muazzin, Iman Abdul Rahman As Sudays, Iman Ahmad Maher bergema menusuk kalbu terutamanya pada waktu maghrib, isyak dan subuh. Aduh..rindunya saya pada suasana di Kaabah yang tidak akan dilupakan seumur hidup saya. Melaksanakan tawaf sunat 7 pusingan juga adalah tanda kita sebagai hamba melaksanakan perintah Allah sambil merasai nikmat bertawaf. Pelbagai bangsa seluruh dunia berhimpun dan berkiblatkan Kaabah. Langit yang terbentang di atas Kaabah sangat mengasyikkan, cantik membiru dan tiada berbintang di waktu malam..hati hamba-hambanya tiada yang lain ketika menghadap Kaabah, hanya mengharap keampunan kepada Pencipta-Nya Yang Maha Agung...Subhanallah. Walhamdulillah Allahu Akbar..

Friday, January 15, 2010

MADINAH MUNAWWARAH BANDAR HABIBBULLAH




Assalamualaikum wbr saudara saudari.
Sedikit catatan untuk dikongsi, kami menjejakkan kami di bumi barakah bandar bersemadinya Habibbullah kekasih Allah pada 1 November 2009. Bandar ini bersih, teratur dan berbaur perasaan apabila mengingatkan di sinilah Nabi besar junjungan S.A.W menegakkan syiar Islam hingga tersebar seluruh alam. Masjid Nabawi yang indah dan mengasyikkan pada waktu malam. Menitis air mata apabila saya menghampiri Makam Rasulullah, sahabat baginda Sayyidina Abu Bakar As Siddik dan Sayyidina Umar Al Khattab. Memasukki Taman Raudah (bilik Aisyah) yang telah dijanjikan oleh baginda Rasulullah sebahagian daripada Taman di Syurga ternyata terpegun seketika. Keharuman wangian yang menusuk kalbu, cerah indah neon berona bergulung dengan perasaan memohon keampunan dan syafaat Nabi. Mengasyikkan...kerana umat Muhammad mengadu rasa dalam pelbagai gaya. Saya sedar semua yang ditunjukkan itu adalah manifestasi kecintaan, kerinduan dan pengabdian hamba kepada pesuruh Allah yang menyampaikan wahyu Allah SWT. Masa yang diberi oleh petugas Masjid Nabawi terlalu singkat. Alhamdulillah, selama 9 hari di Maddinah, saya, Farid dan Amirul dapat berkunjung ke ekspo Pameran kisah Rasulullah. kami menginap di Hotel Moven Pick yang terletak di luar pagar Masjid Nabawi.

Thursday, January 7, 2010

SELAMAT KEMBALI HAJI DAN HAJAH...


Assalamualaikum wbr

Saudara dan saudari yang dikasihi, maaf jua perkataan pertama dihulurkan kerana blog ini terhenti lebih daripada sebulan. Alhamdulillah saya merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga atas nikmat Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang mengharap keampunan dan keredhaan kepada Allah empunya Kerajaan Langit, Bumi dan atas segala apa yang diciptakan-Nya...Maha Suci Allah, Allah Maha Besar. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad kekasih Allah.


Ya kami selamat sampai di KLIA pada 15 Disember 2009 pada jam 3.30 pagi dengan menaiki penerbangan SV2014. Perjalanan yang membahagiakan setelah delay kira-kira 6 jam. Kami dijadualkan pulang pada jam 7.00 pagi waktu Arab Saudi tetapi kami hanya bertolak pada jam 2 petang. Tiada masalah ketika berada di Terminal Haji, Jeddah cuma menghadapi karenah Pak Arab yang bertugas mengikut sistem mereka. Keseluruhannya, pasukan Tabung Haji banyak membantu jemaah haji Malaysia.


Saya akan mencoret serba sedikit pengalaman kami ketika berada di Kota Madinnah, Mekah Mukarramah, Hari Wukuf di Arafah, Mabit di Mudzalifah, melontar di Mina, melakukan tawaf dan saie di Bukit Safa dan Marwah. Insya-Allah perjalanan ahli-ahli Ad-Deeniyyah ini merupakan memori terindah untuk dikongsi bersama. Wassalam.

Saturday, October 24, 2009

Gotong-royong di Rumah Ad-Deeniyyah


Assalamualaikum wbr. Hari ini 24 Oktober 2009, ahli-ahli Ad-Deeniyyah bergotong-royong membersihkan sekali lagi Rumah Ad-Deeniyyah. Kami membersihkan kawasan dapur, bilik dipasang langsir, membersihkan bilik air dan banyak lagi.Kerja-kerja ini dimulakan kira-kira jam 9.30 pagi. Alhamdulillah, ramai yang membantu. Terima kasih sahabat- sahabat yang budiman. Maaf jua kali ini gambar tidak dapat disertakan kerana laptop, camera dan barang-barang yang bersangkutan dengan kerja-kerja penulisan telah dicuri...
InsyaAllah diizinkan Allah kita akan bertemu lagi dengan Berita Ad-Deeniyyah.

Monday, October 19, 2009

FARDHU HAJI 1430 H

Salam sejahtera. Alhamdulillah setinggi kesyukuran saya panjatkan ke Hadrat Illahi atas kurniaan dan nikmat kehidupan yang diberi kepada kita semua. Tidak dapat digambarkan dengan perasaan dan kata-kata untuk saya memulakan bicara...Saya ingin memaklumkan bahawa pada tahun ini seramai 5 orang ahli-ahli Ad-Deeniyyah akan berangkat menunaikan ibadah haji dan melaksanakan tanggungjawab sebagai umat Islam pada 31 Oktober sehingga 14 Disember 2009. Perjalanan mental dan jiwa ini sesungguhnya, amat kami rasai. Mereka yang dimaksudkan terpilih sebagai TETAMU Allah ialah:
1. Puan Hajjah Wan Salmah Bte Wan Abdullah
2. En Wan Amirul Intizam Bin Wan Zulkifli
3. En Mohamad Farid B Haji Jaafar
4. Puan Noridah Bte Haji Ramlan
5. Puan Rosni Bte Md Din

Pada kesempatan ini, saya memohon maaf zahir dan batin kepada semua individu yang mengenali saya dan suami( Mohamad Farid). Halalkan jua barang yang termakan dan terminum, bergurau senda yang melebihi bicara, janji yang tidak kesampaian dan tidak terlunas. Pada Allah jua saya memohon keampunan atas kelemahan iman dan amal. Insya-Allah. doakan kami memperoleh haji mabrur. Wassalam.