MAHABBAH DAN UKHUWWAH ITU INDAH

Assalamualaikum W.B.T
Terima kasih atas kesudian singgah ke laman ini. Laman ini adalah wadah untuk saya mengungkapkan informasi, berita, aktiviti yang berkaitan Pertubuhan Pendidikan Ad-Deeniyyah untuk dikongsi bersama para pembaca.

Saya mengalu-alukan sebarang penulisan,wacana pemikiran dan cetusan minda daripada anda untuk dijadikan bahan renungan dalam Jurnal Abadi Ad-Deeniyyah. Wassalam




Followers

Saturday, October 24, 2009

Gotong-royong di Rumah Ad-Deeniyyah


Assalamualaikum wbr. Hari ini 24 Oktober 2009, ahli-ahli Ad-Deeniyyah bergotong-royong membersihkan sekali lagi Rumah Ad-Deeniyyah. Kami membersihkan kawasan dapur, bilik dipasang langsir, membersihkan bilik air dan banyak lagi.Kerja-kerja ini dimulakan kira-kira jam 9.30 pagi. Alhamdulillah, ramai yang membantu. Terima kasih sahabat- sahabat yang budiman. Maaf jua kali ini gambar tidak dapat disertakan kerana laptop, camera dan barang-barang yang bersangkutan dengan kerja-kerja penulisan telah dicuri...
InsyaAllah diizinkan Allah kita akan bertemu lagi dengan Berita Ad-Deeniyyah.

Monday, October 19, 2009

FARDHU HAJI 1430 H

Salam sejahtera. Alhamdulillah setinggi kesyukuran saya panjatkan ke Hadrat Illahi atas kurniaan dan nikmat kehidupan yang diberi kepada kita semua. Tidak dapat digambarkan dengan perasaan dan kata-kata untuk saya memulakan bicara...Saya ingin memaklumkan bahawa pada tahun ini seramai 5 orang ahli-ahli Ad-Deeniyyah akan berangkat menunaikan ibadah haji dan melaksanakan tanggungjawab sebagai umat Islam pada 31 Oktober sehingga 14 Disember 2009. Perjalanan mental dan jiwa ini sesungguhnya, amat kami rasai. Mereka yang dimaksudkan terpilih sebagai TETAMU Allah ialah:
1. Puan Hajjah Wan Salmah Bte Wan Abdullah
2. En Wan Amirul Intizam Bin Wan Zulkifli
3. En Mohamad Farid B Haji Jaafar
4. Puan Noridah Bte Haji Ramlan
5. Puan Rosni Bte Md Din

Pada kesempatan ini, saya memohon maaf zahir dan batin kepada semua individu yang mengenali saya dan suami( Mohamad Farid). Halalkan jua barang yang termakan dan terminum, bergurau senda yang melebihi bicara, janji yang tidak kesampaian dan tidak terlunas. Pada Allah jua saya memohon keampunan atas kelemahan iman dan amal. Insya-Allah. doakan kami memperoleh haji mabrur. Wassalam.

Wednesday, October 14, 2009

Rumah Ad-Deeniyyah dibersihkan...

Salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah, kunci rumah Ad-Deeniyyah telah diserahkan oleh Datuk Lee Heng kepada pihak pengurusan Ad-Deeniyyah pada awal Oktober yang lalu. Beberapa perkara yang penting telah dilakukan seperti kerja-kerja pembersihan di dalam dan di luar bungalow tersebut. Pada masa artikel ini ditulis, kerja-kerja tersebut masih berterusan seperti menempah langsir pintu, tingkap, menyediakan ruang pengajian. tempat mengambil wuduk lelaki & wanita serta tidak ketinggalan menyediakan keperluan asrama untuk pembelajaran Tahfiz pada awal bulan November hinggalah seterusnya. Di samping itu, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas budi baik rakan-rakan di luar sana yang sudi menginfaq sumbangan kepada kami untuk menyediakan keperluan Rumah Ad-Deeniyyah seberapa yang termampu. Hanya Allah SWT yang membalasnya.

Tuesday, October 6, 2009

Pengajian AlQuran



Sebenarnya pengajian AlQuran oleh ahli-ahli Ad-Deeniyyah telah dimulakan di rumah Puan Wan Salmah semenjak 4 bulan yang lalu. Rakan-rakan, jiran dan anak-anak Kak Wan telah memulakan sesi ini bersama Ustaz Maamun dan Ustaz Aziz. Dalam seminggu mereka telah mengikuti kelas ini sebanyak 4 kali bermula selepas maghrib. Ustaz Maamun merupakan seorang Hafiz dan banyak mempunyai pengalaman membimbing pelajar-pelajarnya menghafaz AlQuran. Insya-Allah atas permintaan rakan-rakan, kelas Hafazan dan Tahfiz AlQuran Surah-surah Pilihan akan dibuka dan dijalankan di Rumah Ad-Deeniyyah pada 1 November ini. Di samping itu, terdapat juga pengajian Kitab, kelas Bimbingan Leadership dan Metafizik untuk golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa yang akan dimulakan tidak lama lagi. Insya-Allah.

Tapak Projek Ad-Deeniyyah di Meru Heights














Salam.Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca blog ini, tapak projek Ad-Deeniyyah telah diluluskan oleh PKNP seluas 5 ekar di kawasan pinggiran Meru. kawasan ini tidaklah terlalu tinggi tetapi masih memerlukan kos yang besar untuk membuat saliran longkang yang sempurna kerana aliran air agak banyak dari kawasan ini. Lokasi Tapak Ad-Deeniyyah adalah kira-kira 3 km daripada Tol Jelapang dan juga mengambil masa 7 - 10 minit sahaja untuk sampai di situ. Kawasan ini berhampiran kawasan perumahan dan mudah untuk aliran kenderaan keluar/masuk ke situ. Cadangan untuk membina surau yang merangkumi Pusat Pengajian, Asrama Pelajar Tahfiz Lelaki dan Perempuan, Dewan Makan, Cafetaria dan Resort memerlukan kos yang besar. Saya akan meuar-uarkan dari semasa ke semasa Berita Pembinaan Ad-Deeniyyah dan sesungguhnya pihak kami memerlukan sokongan anda semua. Sedikit foto disertakan untuk tatapan anda bersama
.