MAHABBAH DAN UKHUWWAH ITU INDAH

Assalamualaikum W.B.T
Terima kasih atas kesudian singgah ke laman ini. Laman ini adalah wadah untuk saya mengungkapkan informasi, berita, aktiviti yang berkaitan Pertubuhan Pendidikan Ad-Deeniyyah untuk dikongsi bersama para pembaca.

Saya mengalu-alukan sebarang penulisan,wacana pemikiran dan cetusan minda daripada anda untuk dijadikan bahan renungan dalam Jurnal Abadi Ad-Deeniyyah. Wassalam




Followers

Monday, April 26, 2010

KIBLAT BAITULLAH

Pemandangan di Dataran Masjid Nabawi, Maddinah







Masyaer Arafah dan menunggu bas untuk bergerak ke Mudzalifah dan Mina.
Saudara dan saudari, saya ingin berkongsi perasaan. walaupun telah empat bulan berlalu meninggalkan Kaabah Rumah Allah, jiwa saya asyik teringat betapa indahnya melaksanakan ibadat haji. Bebasnya jiwa kita tatkala melakukan ibadah tawaf meskipun dikelilingi ribuan manusia. Berulang-alik antara Safa dan Marwah juga membawa perasaan saya mengingati bagaimanalah perasaan seorang ibu bernama Hajar dan anaknya Nabi Ismail pasrah dengan takdir kehendak Allah SWT. Mata air Zam-zam andalah antara mukjizat Allah SWT yang masih kita temui dan merasai nikmatnya air itu hinggalah sekarang. Masjidil Haram sentiasa dipenuhi manusia pelbagai bangsa dan warna kulit yang asyik membaca AlQuran, beribadah tanpa mengenal waktu dan ketika. Rona ini cukup mengasyikkan.


Ketika melaksanakan Masyaer Arafah juga membuatkan hati saya cukup teruja. Menanti waktu wukuf ini cukup membahagiakan, tidak putus-putus doa dan esakan hamba-hamba-Mu yang memohon keampunan dan keinginan bersih sucinya hati umpama bayi yang baharu dilahirkan..Menitis air mata mengingati betapa kerdilnya kita di hadapan Allah yang Maha Berkuasa, Maha Hidup lagi Maha Pencipta..Wahai Allah Rabbul Izzati terimalah taubat kami, terimalah ibadah kami dan dekatlah kami kepada Syurga-Mu..Amin.

Wednesday, April 21, 2010

IJTIMA' BULANAN

















Alhamdulillah, hingga kini Ad-Deeniyyah telah berjaya menganjurkan Program Ijtima' Bulanan yang telah diadakan pada 20 Februari dan 17 April yang lalu. Majlis yang diadakan pada setiap hari Sabtu Minggu Ketiga setiap bulan mendapat sambutan dari kalangan rakan-rakan dan juga masyarakat berhampiran Rumah Ad-Deeniyyah. Kuliah Ijtima' ini disampaikan oleh Tuan Haji Mohamad Farid B. Jaafar dan Al Fadzil Ustaz Hj Lomanul Hakim Bin Abu Kasim. 'Selera' dan semangat cinta akan ilmu serta mengamalkan ilmu itu menjadi fokus dan objektif mengapa program ini dijalankan. Sekali lagi saya mengambil kesempatan menjemput rakan-rakan untuk singgah di Rumah Ad-Deeniyyah menimba ilmu yang disampaikan oleh penceramah jemputan.

Monday, April 19, 2010

AHLAN WAHSAHLAN USTAZ..

Dari hadapan Mior Haziq, Ahmad Waie.
Duduk dari kanan Ustad Muhammad Baihaqi, Tuan Hj Mohamad Farid dan Ustaz Syamsul Amri
Berdiri dari kanan Muhammad Faiz, Rafaie dan Lukmanul Al Hakim
(Tiada dalam foto: Ustaz Sollahuddin Al Ayubi dan Ustaz Sabri)
Assalamualaikum wbr.
Saudara dan saudari. Sedikit berita Ad-Deeniyyah yang ingin dikonsi bersama. Madrasah Tahfiz
Ad-Deeniyyah sebelum ini telah diketuai oleh Ustaz Sollahuddin Al Ayubi bin Hamidi @Abdul Rani sebagai Guru Tahfiz dan Ustaz Syamsul Amri Bin Hasbollah sebagai warden. Alhamdulillah pada bulan April ini Ad-Deeniyyah menerima seorang lagi tenaga pengajar iaitu Ustaz Sabri b Salleh yang akan membantu pembelajaran Bimbingan Al Quran. Marilah kita berdoa agar aktiviti Pertubuhan Pendidikan Ad-Deeniyyah berjaya menjadi wadah untuk memastikan kelestarian warisan budaya hidup Islam. Amin.