MAHABBAH DAN UKHUWWAH ITU INDAH

Assalamualaikum W.B.T
Terima kasih atas kesudian singgah ke laman ini. Laman ini adalah wadah untuk saya mengungkapkan informasi, berita, aktiviti yang berkaitan Pertubuhan Pendidikan Ad-Deeniyyah untuk dikongsi bersama para pembaca.

Saya mengalu-alukan sebarang penulisan,wacana pemikiran dan cetusan minda daripada anda untuk dijadikan bahan renungan dalam Jurnal Abadi Ad-Deeniyyah. Wassalam




Followers

Wednesday, October 20, 2010

PROGRAM IJTIMAK OKTOBER


Assalamualaikum wbr.

Pertubuhan Pendidikan Ad-Deeniyyah menjemput YBhg Dato, Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan ke Program Majlis Ilmu di Ad-Deeniyyah pada 30 Oktober 2010, hari Sabtu jam 9.30 hingga 11.00 pagi untuk mendengar kuliah yang akan disampaikan oleh Al Fadzil Tuan Hj Lokmanul Hakim bin Kasim. Semoga dengan kehadiran sahabat-sahabat ke sana dapat menambahkan ilmu dan dapat kita manfaatkan ilmu tersebut dalam kehidupan harian kita. Seketika, kita boleh meragui keimanan kita kerana sebagai manusia ujian datang dan pasti datang lagi. Memetik kata-kata pujangga Inggeris yang berbunyi:

“Doubt yourself and you doubt everything you see. Judge yourself and you see judges everywhere. But if you listen to the sound of your own voice, you can rise above doubt and judgment. And you can see forever”

Justeru, pada kesempatan ini, marilah kita memanjaatkan doa serta kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah RabbulIzzati yang memberikan kesempatan untuk kita berbakti kepada agama-Nya. Mudah-mudahan langkah-langkah kaki ini membawa kita ke jannah tertinggi kepunyaan-Nya. Amin ya Rabbal alamin.

No comments:

Post a Comment