MAHABBAH DAN UKHUWWAH ITU INDAH

Assalamualaikum W.B.T
Terima kasih atas kesudian singgah ke laman ini. Laman ini adalah wadah untuk saya mengungkapkan informasi, berita, aktiviti yang berkaitan Pertubuhan Pendidikan Ad-Deeniyyah untuk dikongsi bersama para pembaca.

Saya mengalu-alukan sebarang penulisan,wacana pemikiran dan cetusan minda daripada anda untuk dijadikan bahan renungan dalam Jurnal Abadi Ad-Deeniyyah. Wassalam




Followers

Tuesday, August 10, 2010

FADHILAT MEMBACA AL QURAN






















Assalamualaikum wbr.
Saya ingin berkongsi dengan pembaca beberapa fadhilat membaca Al Quran. InsyaAllah kita mendapat petunjuk dan hidayah Allah SWT dengan cara kita memuliakan Al Quran kalam Allah.


Hadith :
1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. (Riwayat Bukhari & Muslim)

2. Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah(mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya. (Riwayat Bukhari & Muslim)
3. Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.(Riwayat Bukhari & Muslim)

4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala.(Riwayat Bukhari & Muslim)

5. Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah(seperti limau besar) baunya wangi dan rasanya sedap.Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit.(Riwayat Bukhari & Muslim)
Doa Khatam Quran / Doa Baca Quran
"Ya Allah, rahmatilah kami dengan Al-Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah, ingatkan kami apa yang kami lupa, dan ajarkan kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami agar dapat membacanya pada waktu malam dan pada waktu siang. Jadikanlah ia perisai kami, wahai Tuhan sekelian alam."


No comments:

Post a Comment