Paradigma, pandangan hidup atau pandangan alam (world-view), kata Syed Muhammad Naquib Al-Attas (Prof. Al-Attas) adalah akar jiwa seseorang.
Akar jiwa itulah yang akan mewarnakan bentuk jiwa, perasaan, aqal seseorang yang akan kemudian mempengaruhi kemahuan, selera, kecenderungannya.
Pastilah kecenderungan, selera, kemahuan, kebahagiaan akan membuahkan gerak-laku, tingkah-langkah, tutur-kata, arah-lirik matamu, penggerak batang-tubuh....
Inilah yang menjadi warna haqiqi seseorang insan. Warna bawah-sedarnya - the true colors....Inilah jenis dan warna haqiqi yang tersirat-seni jauh ke dalam, terpendam dalam lubuk peribadi / psikologi insan.
Inilah jua permulaan iman....membenarkan dengan hati...
Inilah yang kami mahukan permulaannya Ad-deeniyyah...
Dan akan berubahlah hidup bila dari akar jiwa terbentuk kemahuan mahu menanggung dan mahu menjawab....
Inilah yang kami yaqini....
Jika akar jiwa sudah benar
Jika kemahuan sudah membulat mahu menanggung dan mahu menjawab (yakni bertanggungjawab)
Maka layar deen / kehidupan pasti terarah, langkah kehidupan pasti berakar....
Dan inilah juga kami yaqini...sebagaimana yang dileraikan oleh Prof Al-Attas dalam butiran katanya....
"One must see that the kind of problem confronting us is of such a profound nature as to embrace all the fundamental elements of our worldview that cannot simply be resolved by legalistic and political means. Law and order can only find their places when recognition of truth as distinguished from falsehood, and real as distinguished from illusory, is affirmed and confirmed by action in acknowledgement of the recognition. This is achieved by means of right knowledge and right method of disseminating it"
lebih kurang pada fahaman kami...
"Kita perlu memerhatikan bahawa permasalahan utama yang menerjah kita sangat asas sifatnya, yang berkaitan dengan unsur-unsur asas yang membentuk pandangan alam kita, yang tidak dapat dirungkaikan dengan pendekatan perundangan dan politikal. Undang-undang dan peraturan hanya dapat diletakan pada tempatnya apabila 'benar' dapat dibezakan daripada 'batil', dan 'haqiqat' dibezakan daripada 'ilusi', dapat dipamerkan dan ditetapkan dalam perbuatan. Semua ini dapat dicapai melalui pendekatan pendidikan ilmu yang benar dan kaedah penyebaran yang benar jua...."