MAHABBAH DAN UKHUWWAH ITU INDAH
Assalamualaikum W.B.T
Terima kasih atas kesudian singgah ke laman ini. Laman ini adalah wadah untuk saya mengungkapkan informasi, berita, aktiviti yang berkaitan Pertubuhan Pendidikan Ad-Deeniyyah untuk dikongsi bersama para pembaca.Saya mengalu-alukan sebarang penulisan,wacana pemikiran dan cetusan minda daripada anda untuk dijadikan bahan renungan dalam Jurnal Abadi Ad-Deeniyyah. Wassalam
Followers
Wednesday, October 20, 2010
SUNNAH RASULULLAH MISI AD-DENNIYYAH
PROGRAM IJTIMAK OKTOBER
Thursday, September 30, 2010
JEMPUTAN MAJLIS PERJUMPAAN AIDILFITRI 1431H
Tuesday, September 14, 2010
SALAM AIDILFITRI 1431H
Sunday, August 15, 2010
IFTAR RAMADHAN DI AD-DEENIYYAH
Tuesday, August 10, 2010
FADHILAT MEMBACA AL QURAN
1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. (Riwayat Bukhari & Muslim)
"Ya Allah, rahmatilah kami dengan Al-Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah, ingatkan kami apa yang kami lupa, dan ajarkan kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami agar dapat membacanya pada waktu malam dan pada waktu siang. Jadikanlah ia perisai kami, wahai Tuhan sekelian alam."
Monday, August 9, 2010
AMALAN SEDEKAH & JARIAH
Assalamualaikum wbr.
Saya ingin berkongsi cerita..ketika menunaikan fardhu haji, saya melihat suatu situasi yang sama dan berada di mana-mana pelusuk dunia. Pengemis jalanan samada tua, muda, sihat, cacat kudung tangan dan kaki, malahan anak kecil turut diletakkan di ribaan si ibu untuk menarik perhatian jemaah. Ada pendapat mengatakan golongan ini 'profesional'..sejauhmana pakarnya mereka itu dalam pekerjaan tersebut, hanya Allah yang Maha Mengetahui...kerana saya kira persoalan itu harus dijawab oleh empunya tubuh masing-masing.
Justeru, mari kita bersama-sama menghayati fadhilat bersedekah yang dituntut oleh Allah SWT kepada hamba-Nya.
Begitulah indahnya ajaran Islam yang menggalakkan umatnya bersedekah dan Allah SWT sendiri menjamin pahala untuk orang yang mengamalkannya sebagai agenda kehidupan mereka. Menyentuh aspek bersedekah, Islam tidak pernah mengehadkan tempoh masa malahan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa saja mengikut kemampuan seseorang. Namun demikian, amalan bersedekah yang paling afdal di sisi Allah SWT ialah ketika bulan Ramadan. Ini dapat kita perhatikan menerusi satu hadis Nabi bermaksud, dari Ibnu Abbas, berkata: “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi SAW). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.’ (Hadis Bukhari dan Muslim) Jadi berasaskan kepada hadis itu dapat disimpulkan bahawa kita sebagai umat Islam sangat dituntut dalam membudayakan amalan bersedekah, lebih-lebih semasa menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh berkat itu. Dalam soal memberi sedekah itu, semua orang mampu melakukannya sama ada dalam kuantiti yang banyak mahupun sedikit. Apa yang utama ialah sikap dan niat kita mesti menjuruskan kepada ikhlas kerana Allah SWT. Banyak yang boleh seseorang sumbangkan sebagai sedekah pada bulan Ramadan ini. Antaranya ialah memberikan makan minum kepada orang berpuasa. Dalam masyarakat Melayu, menyediakan juadah untuk berbuka sentiasa diadakan di masjid, surau mahupun di madrasah. Hal itu sangat mulia dan wajar diteruskan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,’ Barang siapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperoleh pahala sama dengan orang yang berpuasa; sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikit pun.' (Hadis At Tirmidzi)
Hadis ini mendorong kita umat Islam supaya tidak mementingkan diri sendiri pada bulan Ramadan, akan tetapi menggalakkan umatnya menjaga kepentingan orang lain. Alangkah indahnya tuntutan Islam ke atas umatnya kerana dengan pengamalan bersedekah khususnya ketika bulan Ramadan pasti membibitkan rasa kebersamaan dan semangat ukhwah yang mantap dalam kalangan ummah. Justeru, ketika kita sedang asyik menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadan ini, segala amalan sunat dan amal makruf seperti bersedekah seharusnya diperbanyakkan dengan satu niat, hanya ingin mendapat reda Allah. InsyaAllah mereka yang pemurah dalam bulan Ramadan itu pasti ‘dekat dengan Allah’ dan Allah SWT meredainya serta diberikan ganjaran pahala yang besar.
Wassalam.
IHYA RAMADHAN
* Riwayat Bukhari & Muslim
Thursday, July 15, 2010
REPLIKA MASJID NABAWI DAN RUMAH NABI MUHAMMAD SAW
Sewaktu menunaikan ibadah haji, saya dan Haji Farid berpeluang ke Ekspo
Sirah Nabi Muhammad yang diadakan di bandar Madinnah. Banyak bahan bukti secara replika dan dan bertulis kisah kehidupan baginda. Model bagaimana strategi peperangan Uhud dan Khandaq turut dipamerkan. Seketika terpegun apabila melihat replika makanan yang menjadi kesukaan Nabi, begitu sederhana hanyalah buah kurma, gandum dan labu air. Manakala bantal yang menjadi alas tidurnya hanyalah pelepah kurma yang kering dibalut dengan kain...bayangkan umat Muhammad pada hari ini yang mewah, bersenang-senangan. Semuanya tertulis dalam bahasa Arab, tetapi tidak begitu sukar untuk difahami kerana sirahnya begitu hampir dengan kita semua. Semangat Nabawiyah seharusnya menjadi iktibar buat kita.
Monday, April 26, 2010
KIBLAT BAITULLAH
Wednesday, April 21, 2010
IJTIMA' BULANAN
Monday, April 19, 2010
AHLAN WAHSAHLAN USTAZ..
Monday, February 15, 2010
Aktiviti Pengajian Ad-Deeniyyah 2010
Assalamualaikum wbr.
Sahabat-sahabat sekalian , memetik pesanan ulamak "hendaklah kamu duduk dan bersesak-sesak dalam majlis ilmu"...Alhamdulillah ruang telah disediakan, hanya kita perlu menyediakan diri untuk merenung, menimba dan mengamalkan sebanyak mungkin amalan-amalan Nabi SAW dan sahabat-sahabat baginda yang seharusnya menjadi keutamaan kepada kita.
Jemputlah hadir. Wassalam.
Jadual/Kalendar Program Ad-Deeniyyah 2010
AKTIVITI | PROGRAM | KITAB & BACAAN | TARIKH | MASA |
IJTIMAK BULANAN | Bacaan kitab Fadhilat Amalan & Kisah Sahabat Nabi. Pengajian Hukum-hakam dan Kaedah Amalan. Pengajian Budaya Kehidupan Islam. | Akan dimaklumkan. | Hari Sabtu Minggu Ketiga pada setiap bulan | 9.30 -12.00 tengahari |
MOTIVASI IMAN | Motivasi Iman Kisah Perjuangan Nabi SAW & Sahabat | Muntakhab Ahadith Hayatus Sahabah | Hari Jumaat pada setiap minggu | 7.00 – 9.15 malam. Solat maghrib dan Isya’ Berjemaah |
TAALIM MINGGUAN | Bacaan kitab Fadhilat Amalan & Kisah Sahabah Nabi. Muzakarah Adab Kehidupan. Muzakarah Kaedah Pendidikan Islam. | Fadhilat Amalan Muntakhab Ahadith Hayatus Sahabah | Hari Sabtu pada setiap minggu | 3.30 – 5.00 petang. Solat Asar Berjemaah |
BIMBINGAN AL QURAN | Kelas Bacaan Al Quran, Tajwid dan Tahfiz. | | Setiap hari. | |
Maklumat Lanjut Hubungi:
Haji Mohamad Farid bin Hj Jaafar – 019 4774064
Hajjah Wan Salmah bt. Wan Abdullah- 0195721919
Hajjah Noridah bt. Hj. Ramlan – 019 3554064
Haji Wan Amirul Intizam – 019 5121919
Ustaz Rahmat Bin Abu Seman - 016 422 1418
Pengajian di Ad-Deeniyyah
Assalamualaikum wbr
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang”
*DEEN......"denotes the faith, beliefs and practices and teachings adhered to by Muslims individually and collectively as a community and manifesting itself altogether as an objective whole as the Religion called ISLAM".
..... "menggambarkan kepercayaan, keyaqinan (pandangan hidup) dan amalan (perjuangan, cita-cita) dan ajaran yg diikuti dan ditaati oleh setiap individu Muslim dan seluruh ummah dan dizahirkan bersama sebagai satu agama / cara hidup yang dinamakan ISLAM"
Petikan dari buku PROLEGOMENA- Prof Syed Muhammad Naquib Al Attas
Saya memohon sahabat-sahabat yang singgah di Jurnal Abadi Ad-Deeniyyah ini jika berpeluang ke Meru, Ipoh ziarahlah di Ad-Deeniyyah untuk mengutip rintisan perjuangan Nabi SAW dan para sahabatnya agar dapat dijadikan panduan kehidupan di dunia hinggalah ke akhirat.
AD-DEENIYYAH
NO 48, PERSIARAN BUKIT MERU 11,
PERAK DARUL RIDZUAN
Sunday, January 24, 2010
Kota Mekah dan Kaabah
Friday, January 15, 2010
MADINAH MUNAWWARAH BANDAR HABIBBULLAH
Assalamualaikum wbr saudara saudari.